Duhai kawan.
Jangan bersedih tatkala engkau diuji dengan sakit mu itu.
Jangan berduka dengan ujian itu
Malah jangan sesekali kau merungut dengan kesakitan itu.
ya..
mungkin aku tidak rasa apa yang kau rasakan.
mungkin aku tidak merasai kesakitan yang kau tanggung.
mungkin aku tidak cukup mengerti tentang kesedihan kau..
jadi maafkan lah aku yang serba tidak memahami kesakitan kau..
tapi aku cukup pasti
bahawa sakit yang sedang engkau rasakan itu adalah salah satu nikmat yang diberi Tuhan
untuk orang-orang yang terpilih seperti engkau
orang hebat dan kuat seperti engkau
in shaa Allah
setiap kesakitan yang kau rasa
akan terhapus dosa-dosa
setiap sakit yang kau rasa
membuat kau istimewa
di sisi Tuhan yang Esa
Teruslah kuat kawan
teruslah tabah kawan
teruskan perjuangan
aku akan sentiasa mendoakan.
No comments:
Post a Comment