Sunyi.
Dingin.
sejuk angin malam.
Aku mendongak melihat langit indah ciptaan Mu Ya Tuhan.
Tiada bintang kelihatan.
Namun ia cukup mendamaikan.
Indahnya cahaya bulan
tidak boleh di sangkal.
Subhanallah..
Cukup menenangkan.
Tersenyum aku tatkala melihat si kucing kesayangan datang mendekat. kepalanya yang bulat digeselkan ke kaki ku. Aku mencangkung membelai si kucing kesayangan. Tiada suara yang keluar hanya bunyi "purr purr purr" kedengaran dari si kucing menandakan dia ingin dimanjakan.
Hebatnya kuasa Mu Tuhan ,
haiwan yang tidak punya akal juga tahu berkasih sayang.
Haiwan ini juga tahu erti menghargai.
Haiwan ini juga tahu mengekspresikan perasaan,
ingin dikasihi , ingin disayangi , ingin dibelai manja.
Haiwan ini kadangnya datang semasa aku dalam kesedihan, seakan memahami perasaan. seakan tahu rahsia hati yang tersimpan.
Subhanallah hebatnya Tuhan.
Tapi kenapa ada segelintir manusia tak pandai menghargai kasih sayang.
Kenapa ada segelintir manusia yang tak nampak pengorbanan dan perkara yang kita lakukan. ?
sibuknya manusia itu sehingga tak cukup masa untuk insan-insan tercinta.
terabai keluarga kerana masa hanya tertumpu pada kerja.
Kadang lupa ada keluarga yang menunggu kau pulang untuk bercerita.
ada yang menunggu kau untuk makan bersama.
ada yang tunggu berharap kau boleh luangkan masa.
Walaupun hanya seminit dua.
***
si kucing menggeselkan kepalanya ke kaki ku.
sudah sampai masa.
aku menyusun langkah untuk masuk ke dalam rumah. si kucing hanya mengekori.
***
Kadang aku bercerita , tapi tidak dipedulikan
Kadang aku lakukan yang terbaik tapi tidak di endahkan.
Aku redha segala ketentuan.
semoga tersimpan hikmah di sebalik kesakitan.
semoga tersimpan hikmah di sebalik kesakitan.
Tiada telinga yang mendengar.
Tiada mata yang melihat.
Tiada sokongan yang dapat.
Tapi Aku tahu.
Tuhan itu hebat.
Sama ada cepat atau lambat,
bahagia akan datang mendekat.
By : cydarais
22 Nov 2016 @ 2250 hrs
22 Nov 2016 @ 2250 hrs
No comments:
Post a Comment