Thursday, 29 December 2016

Luahan hati seorang lelaki tentang wanita

Haura Al-Maqsurah:
Usrah Jihad:
Luahan hati seorang Lelaki.

----------

Aku paling menyampah.

Dengan status perempuan yang malu malu.

Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.

Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah.

Berada dalam landasan fikrah beragama.

Dari sekolah agama.

Belajar di institusi agama.

Tahu pasal agama.

Weyh perempuan!

Kalau kau kena mengorat.

Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat.

Garanglah sikit!

Bukan sekadar sombong je tapi garang!

Garang tahu tak?

Bukannya melemah lembutkan suara.

Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan.

Konon hendak menjaga hati.

Tapi menimbulkan masalah hati pula.

Bagaimana tu?

Menjaga apa namanya?

Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?

Bukannya mengada-ngada,

Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir.

Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair.

Malu-malu tak kena tempat.

Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat.

Main mesej tanpa urusan muammalat.

Kemudian kau salahkan lelaki?

Bagi aku lah kan.

Kau yang tak tegas.

Terlalu berlemah lembut tak kena tempat.

Bajet ayu untuk memikat.

Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian.

Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang.

Konon-konon kitalah muslimah solehah.

Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah.

Katanya :

"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"

Alasan yang dah basi.

Itu semua poyo!

Wahai perempuan,

Jaga diri boleh tak?

Tegas dan garang!

Walaupun kau tu muslimah,

Jadilah tegas dan garang!

Tak payah nak berlembut sangat.

Biar lelaki benci!

Jangan lelaki jatuh hati!

Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau, kau bangga ke?

Daripada dia berkopiah langsung tak berambut.

Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik.

Hilang sudah seorang pejuang agama.

Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar.

Bagi aku seorang muslimah solehah.

Dia mesti tegas!

Sebab dia tahu maruah diri dia di mana.

Dia tidak boleh berlembut sesuka hati.

Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai.

Lihat Zainab Al Ghazali.

Ummu Salamah.

Saidatina Aisyah.

Asiah.

Kerana agama mereka dibenci.

Kerana lantang bersuara mereka dicaci.

Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama.

Tak pernah pun lelaki mengorat mereka.

Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama.

Jika ada yang mahu menyunting.

Mereka mendapatkan secara terhormat.

Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah.

Yang ada fikrah agama.

Jika ada yang mahu mengorat anda!

Sila salahkan diri sendiri.

Refresh diri.

Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?

Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?

Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?

Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut.

Ayu dan terlalu memikat.

Namun sangat pengecut untuk bertegas.

Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya.

Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?

Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?

Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?

Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?

Maafkan aku jika berkasar.

Aku sudah muak + menyampah.

Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat!

Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat.

Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat.

Biar lelaki benci!

Jangan sampai mereka jatuh hati!

Aku penatlah.

Penat melayan semua ini.

Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?

Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi!

Serius!

Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu.

Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu.

Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu:

"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu "


---------

sungguh mendalam luahan hati seorang lelaki ini
Terasa menusuk ke sanubari.
Tersentak rasanya.
Tersentuh sang jiwa.
Allahurabbi...



Tuesday, 22 November 2016

Tiada telinga mendengar.

Sunyi. 
Dingin. 
sejuk angin malam. 
Aku mendongak melihat langit indah ciptaan Mu Ya Tuhan. 
Tiada bintang kelihatan. 
Namun ia cukup mendamaikan. 
Indahnya cahaya bulan
tidak boleh di sangkal. 

Subhanallah.. 

Cukup menenangkan.

Tersenyum aku tatkala melihat si kucing kesayangan datang mendekat.  kepalanya yang bulat digeselkan ke kaki ku. Aku mencangkung membelai si kucing kesayangan. Tiada suara yang keluar hanya bunyi "purr purr purr" kedengaran dari si kucing menandakan dia ingin dimanjakan.

Hebatnya kuasa Mu Tuhan , 
haiwan yang tidak punya akal juga tahu berkasih sayang. 
Haiwan ini juga tahu erti menghargai. 
Haiwan ini juga tahu mengekspresikan perasaan, 
ingin dikasihi , ingin disayangi , ingin dibelai manja.

Haiwan ini kadangnya datang semasa aku dalam kesedihan, seakan memahami perasaan. seakan tahu rahsia hati yang tersimpan. 

Subhanallah hebatnya Tuhan.

Tapi kenapa ada segelintir manusia tak pandai menghargai kasih sayang. 
Kenapa ada segelintir manusia yang tak nampak pengorbanan dan perkara yang kita lakukan. ?

sibuknya manusia itu  sehingga tak cukup masa untuk insan-insan tercinta. 
terabai keluarga kerana masa hanya tertumpu pada kerja. 
Kadang lupa ada keluarga yang menunggu kau pulang untuk bercerita. 
ada yang menunggu kau untuk makan bersama. 
ada yang tunggu berharap kau boleh luangkan masa. 
Walaupun hanya seminit dua.

***

si kucing menggeselkan kepalanya ke kaki ku.
sudah sampai masa. 
aku menyusun langkah untuk  masuk ke dalam rumah. si kucing hanya mengekori.

***

Kadang aku bercerita , tapi tidak dipedulikan
Kadang aku lakukan yang terbaik tapi tidak di endahkan.
Aku redha segala ketentuan.
semoga tersimpan hikmah di sebalik kesakitan.

Tiada telinga yang mendengar.
Tiada mata yang melihat.
Tiada sokongan yang dapat.

Tapi Aku tahu.

Tuhan itu hebat.

Sama ada cepat atau lambat,
bahagia akan datang mendekat.



By : cydarais
22 Nov 2016 @ 2250 hrs




Thursday, 20 October 2016

Jangan percaya pada apa yang anda lihat

tak semua yang kita nampak itu benar,
kadang kita lihat seseorang itu tersenyum bergelak tawa , tapi hakikatnya dalam hatinya siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu.

senyum tak semestinya bahagia ,
ketawa tak semestinya gembira ,
nangis tak semestinya sedih.
hakikatnya tiada siapa yang tahu perasaan sebenar seseorang insan.

Sunday, 2 October 2016

berhentilah menghakimi orang lain



siapalah kita untuk menghakimi seseorang itu tanpa usul periksa terlebih dahulu ?

adilkah aku untuk kau hakimi sebegitu rupa.

Ya aku akui aku tidak sempurna. tapi manusia mana yang sempurna?

Ya aku akui yang aku punya masa lalu yang tidak sebaik engkau tapi itu bukan petanda bahawa aku masih di takuk yang lama
bukan petanda bahawa aku masih belum berubah.

stop judging.

please start open your eyes and see the good things in others.

jangan hanya lihat pada keburukan yang pernah dia lakukan dulu tapi cuba buka mata dan lihat segala kebaikan yang dia lakukan sekarang.
cubalah untuk mula menghargai usahanya untuk berubah.
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan?  manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan?

cuba buka mata dan lihat diri sendiri. dimana salah kau ?
sebelum kau menghakimi kesalahan orang lain , cuba kau lihat diri kau dahulu. cukup sempurna kah kau ?

memang tidak salah untuk menegur kesalahan orang tapi biarlah beradab. jangan kau tegur dia dihadapan orang lain. bantu dia berubah bukan jatuhkan semangatnya untuk berubah.
ingatlah manusia itu berubah sifatnya. mungkin dulu dia tidak solat tapi sekarang dia sudah mula solat. Mungkin dulu dia tak tutup aurat tapi sekarang dia belajar untuk tutup aurat. Mungkin dulu dia malas mandi tapi sekarang dia mandi tiga kali sehari. mungkin dulu dia malas basuh pinggan tapi sekarang dia dah mula basuh pinggan mangkuk. (contoh pelik) :p

janganlah hanya kerana kau Tahu dia dulu seorang yg tak solat tak tutup aurat,  maka sekarang apabila kau nampak dia solat kau nampak dia tutup aurat, kau mula menghakimi nya..

"eh bukan senang nampak kau solat"

"alah harini je tu solat sbb ada orang tgk"

dah lah kau hakimi dia sesuka hati kau , kau cakap pula depan orang lain. malukan dia yang baru nak berubah. jatuh semangatnya.

maka orang yang mendengar juga akan mula menghakimi..

"ohhh.. tak berubah lagi si Minah ni"

"apa lah minah ni , solat sbb ada ada org tgk je"

mungkin mereka tidak bercakap secara terang-terangan tapi mesti terdetik juga ayat-ayat sebegitu dalam hati.

stop judging. 

jangan hanya kerana satu kesalahan yang dia pernah lakukan,  Kau lupa seribu kebaikan yang dia lakukan.

cuba mula buka mata dan lihat kebaikan orang lain dan cuba buka mata untuk lihat keburukan dan kekurangan diri sendiri.

itu jauh lebih baik.

selamat berubah dan mengubah diri.

Friday, 22 July 2016

CERITA HIKMAH : KISAH PENJUAL TAUHU

KISAH PENUH HIKMAH DARI PENJUAL TAUHU
Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan  sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban !
Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
PENGAJARAN...Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan  kita, berbanding diri kita sendiri.
Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..
(Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari)

Thursday, 30 June 2016

Takdir yang berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم ،

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis di blog yg Sunyi sepi tanpa pembaca ni. Haahaha.

Harini ada satu perkara terjadi yg membuat aku sedar tentang nikmat kehidupan yg Allah beri pada kita.

Setiap manusia pastinya melalui jalan cerita yang berbeza.

Ya. Cerita kita tak sama.

Kalau sama pun mungkin hanya 60%
Mungkin...

Cerita aku ,

Aku tak suka pekerjaan aku ,
Bukan bidang aku kerja ni,
Tapi hakikatnya inilah yg terbaik yg Allah bg untuk aku.
Semakin aku cuba jauh dari pekerjaan ini,
Semakin banyak penyebab untuk aku bertahan di sini.
Jadi aku bertahan.

Cerita dia,

Dia suka pekerjaan dia,
Bukan bidang dia pekerjaan ini,
Tapi dia positive ,
dia enjoy dgn kerja dia ,
Hari demi hari dia tekun belajar tentang pekerjaan dia,
hari demi hari,
dia semakin processional dgn kerja dia,
dia semakin  bertanggungjawab melaksanakan tugasannya.

Tapi dia terpaksa pergi tinggalkan pekerjaan dia.

Kerana terpaksa..

Aku nampak kesedihan pada mata dia,
Aku tahu aku nampak.

Keadaan tu buat aku sedar ,
Betapa ruginya aku ,
Bila Allah bg aku kesempatan untuk bekerja ,
tapi aku tak bersungguh2, 
Selalu merungut,
Selalu megeluh.

Sedangkan masih ada orang lain kat luar sana yg sibuk mencari kerja.
Ramai yg nak kerja Tp terpaksa tinggalkan pekerjaan mereka kerana sesuatu perkara.

Allahurabbi.

Berdosanya aku.

Monday, 13 June 2016

If I die...

By The Hijrah Sisters ✈:

If i die young,
tell mum and dad how much i love them, and only Allah alone can repay all of their good deeds.

If i die young,
tell my sibling how much i apreaciate their presence.
they are the people that would stand and care for you while the other not.

If i die young,
tell all of my sahabat dunia akhirat, keep going to do good deeds and keep our memories in duaa.

If i die young,
forgive me for all the mistakes that i had done, and remember, death doesn't count your age to be happen.

If i die young, would you keep me in your duaa? so that we can be together in jannah forever..

" Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion."

- Ali Imran :185 -

Will we meet again ?

😊

Credits to "The Hijrah Sisters"

Wednesday, 30 March 2016

Unexpected feeling

I never thought that I would be hurt like this.
I never feel the painful thing like this.
Its was awful feeling ever.
My heart hurting so much.

But that feeling was a precious thing for me.

Because that feeling make me learn.
Learn on how to be strong.
Learn on how to be patient.
Learn on how to struggle to survive.
Learn on how to not depending on others.
Learn on how to do everything by myself.
And learn on how to appreciate so many things around me.

Alhamdulillah.

Ya Rabb.

You make me feel the pain and now You help me to fix my broken heart.

I believe in You Ya Rabb.

I'm fixing my heart Ya Rabb.
  

❤ اللهم أصلح قلبي ❤ Oh Allah Fix my heart ❤

Monday, 21 March 2016

Dibalik Kekecewaan



Adakah kau merasa kecewa ?

Tahukah Kau apa yang ada disebalik kekecewaan itu ?


Imam asy Syafi'i rahimahullah pernah berkata dalam bait syair:

" Bersabarlah yang baik, maka nescaya kelapangan itu begitu dekat.

Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
Maka ia pasti akan selamat.

Barangsiapa yang begitu yakin dengann Allah, 
Maka ia pasti tidak akan merasakan penderitaan.

Barangsiapa yang selalu berharap pada Nya, 
Maka Allah pasti akan memberikan pertolongan."


Percayalah di sebalik kekecewaan yang kau lalui harini,
tersimpan beribu kebahagian di baliknya.

Yang paling penting jangan kau lupa Pada Allah
Ingatlah kau pada Allah setiap masa,
sama ada kau dalam kekecewaan , kedukaan ataupun kegembiraan.
In Shaa Allah, kebahagian akan Allah beri kepada kau.

In Shaa Allah.




Saturday, 19 March 2016

Pergilah Wahai rasa.

Ada satu masa,

Aku rasa fade up.

Rasa tak nak hadapi semua ini

Rasa penat.

Rasa lelah.

Rasa putus asa.

Rasa Bosan.

Allah.

Jahil nya aku

Rendah nya imanku.

Allah.
Sesungguhnya engkau tidak akan memberikan sesuatu ujian sekiranya aku tidak mampu.

Aku tahu aku mampu

Allah.
Buang lah rasa penat ini.
Buang lah rasa lelah ini.
Buang lah rasa yang menyiksa jiwa ini.

Sesungguhnya Engkau yang menguasai hati ini.

Ampunkan aku Ya Rabb

By @cydarais
19 March 2016
07:18 p.m.

Sunday, 13 March 2016

Jalan kehidupan

Seperti apa masa depan ku?

dalam usia awal 20-an ini aku masih mencari jalan , jalan apa yang aku ingin lalui untuk menuju ke masa depan ku yg pastinya belum diketahui lagi ceritanya.

Jalan mana yang harus aku tempuh?

Takutnya aku untuk menghadapi risiko yg harus dilalui sepanjang perjalanan ini.

Takutnya aku jika aku gagal lagi.

Takutnya aku jika aku rebah menyembah bumi.

Takutnya aku jika aku tak kuat untuk bangun kembali.

Takutnya aku kalau aku salah pilih jalan lagi.

Dulu,
Aku pernah jatuh,
Aku pernah salah,
Aku pernah sesat,
Aku pernah hilang,

Aku tak nak masa lalu aku terjadi lagi. Aku tak nak jatuh lagi.

Sebab bukan senang nak bangun balik.
Segala kesakitan tu pun tak hilang lagi.

Allah.

Kenapa aku susah sangat nak buat pilihan.

Allah.
Jalan mana harus aku lalui.

Allah.
Seperti apa masa depan ku.

Allah.

Originally by me.
By: @Cydarais
14.03.2016  01:19 a.m

Saturday, 12 March 2016

Kita sama.

Bahagia sungguh berada di muka bumi Tuhan ini. Bermacam keseronokan palsu dicipta manusia sendiri. Gelak tawa, gurau senda, Oh bahaginya. Bahagia sehingga aku lupa pada Tuhan. Tuhan yang mencipta bumi indah ini. Tuhan yang mencipta seluruh alam.

Aku alpa. Aku leka.

Itu perkara biasa. Ramai juga manusia yang alpa dan leka.

Kita sama.

Selalu lupa pada Tuhan.

Sedangkan Tuhan tidak pernah lupa walau sesaat pun pada kita.

Ya. Itu kenyataan. Itu fakta yang kau tak boleh pertikaikan.

Diam dan terimalah kenyataan itu.

Diam dan belajarlah untuk mengingati Tuhan yang Maha Besar itu setiap hari setiap saat, seperti mana Tuhan mengingati kita hamba Nya.

Ingatlah Tuhanmu (yang juga Tuhan ku ) ingatlah Kuasa Tuhan kita itu.

Allahuakbar.
Subhanallah.

By : @cydarais

Sunday, 28 February 2016

Secebis Doa Untuk Anda



Assalamualaikum.

Untuk sesiapa yang membaca.

Semoga anda terus tabah dan kuat menjalankan kehidupan di muka bumi Allah ini.

Semoga anda tetap teguh berdiri walau ada yang sedang menolak anda jatuh dan rebah menyembah bumi.

Semoga anda tetap sabar menjaga hati

Semoga anda berjaya memulihkan hati yang tersakiti

Semoga anda bisa menyuarakan apa yang tersembunyi di balik hati.

Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan diberkati.

Allahumma aminn


Aku juga sedang berjuang melawan rasa pedihnya hati. Aku sedang usaha bertahan demi mencari rezeki. Aku korbankan hati sendiri untuk kelangsungan hidup di muka bumi ini.

Sakitnya. Pedihnya.

Kenapa rasa itu tak mahu pergi ?


Semoga kita semua tetap tabah dan sabar mengahadapi kehidupan di dunia ini , demi mengejar kehidupan yang satu lagi, mengejar kehidupan hakiki di syurga nanti.


Salam sayang dari aku.


Friday, 26 February 2016

Dalam Diam Ada Rasa

Dalam diam ada satu rasa,
Yang kadangnya membuat aku leka,
Lupa pada Sang Pencipta,
Lupa pada akhirat yg nyata.

Jujur aku ungkap kata,
Betapa tenangnya aku melihat si dia,
Tenang nya aku bila dekat dengannya,
Tenang nya aku mendengar tegurannya,
Tapi...
Tapi tenang lagi bila aku sujud pada Sang Pencipta nya.
Tapi tenang lagi pabila aku menadah tangan berdoa padaNya.
Tapi tenang lagi mendengar ayat-ayat suci Nya.

Duhai Sang Pencipta yang mencipta rasa,
Jauhkanlah rasa ini sekirannya aku bukan tertulis untuknya,
Jauh kan rasa ini andainya ia membawa keburukan kepada agama,
Jauhkan rasa ini seandainya ia mencipta dosa.

Namun,
Jika rasa ini benar,
Semoga mudah segalanya,
Walau dia jauh disana,
Dan aku disini akan sentiasa mendoakannya,
Semoga hati kami tetap terjaga,
Di bawah jagaan Mu yang Maha Esa.

Dalam diam ada rasa
Yang menjadi rahsia
Antara aku dan Tuhanku yang Maha Esa.

Cyda Rais.
01:15 a.m.
27 febuari 2016.

p/s : kalau nak copy & paste , sila mention Saya atau minta izin share duluan ya ?

Sekian.

Wednesday, 17 February 2016

Pemandulan Kucing

Assalamualaikum


Sebagai seorang yang sangat sukakan kucing or si bulus ni aku terasa terpanggil untuk menulis tentang isu pemandulan kucing ni. Lately ni banyak pendedahan tentang kebaikan pemandulan kucing ataupun tujuan pemadulan kucing ni kat social media, contohnya dekat facebook, twitter dan ofcourse dari blog2 anda semua.


Ada yang kesian kat si manja berbulu ni sebab tu tak nak mandulkan. Katanya kesian sebab kucing tu pun ada hak nak bunting dan beranak. okay aku rasa statement ni kelakar. ;p

Bagi aku kalau kau betul-betul sukakan kucing dan sayangkan diorang dan kesian kat diorang, tolong lah mandulkan diorang. Tujuan pemandulan ni bukan nak seksa diorang ke apa tapi untuk kurangkan jumlah kucing jalanan.

In case kalau korang sanggup jaga kucing banyak2 kat rumah korang , okay takpe takyah mandulkan tapi kau kena makesure yang takkan ada seekor pun yang dibuang oleh mak ayah kau ke jiran kau ke sedara mara kau ke, sesiapa lah. and kau kena ready untuk menjaga diorang yang semakin banyak tu. Jangan nanti bila dah banyak kucing kat rumah korang baru korang nak menyesal kenapa tak mandulkan dulu.





Kesian lah wahai manusia sekalian, melihat si kucing di jalanan mengemis sisa makanan pada manusia yang kadangnya kejam terhadap mereka. T_T sobsobsob sedihnya...

Kesiannya mereka kelaparan , kesiannya mereka mencari tempat perlindungan tatkala hujan, kesiannya mereka di tendang , di sepak di kungfu di potong kakinya. 
Allah. Allah.
Kesiannya mereka

huaaaaaa (nangis guling2)

ayuhhh sama-sama lah kita mengurangkan bilangan mereka di jalanan.

ha lagi satu, kalau kau betul2 suka dan sayang kan makhluk Tuhan berbulu yang paling seksi ni, kau takyah la beli mahal2 , kau ambil lah yang kelaparan di jalanan tu. diorang lagi perlukan Tuan or Owner penyayang macam korang ni.

betul tak tipu

okay
ulang balik
ayuh sama-sama lah kita mengurangkan bilangan si bulus / sikucing di jalanan.

ayuhhhh!!

okay lunch time.
bye!


Sunday, 17 January 2016

Terima Kasih 2015

Sumber : Google Image



Well, a bit late to update about this. But its okay.


Terima kasih Tuhan.
Terima Kasih 2015


Ya Allah, Terima kasih kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai dan melalui perjalanan hidup yang sangat pelbagai pada tahun 2015.

Macam-macam yang telah dilalui sepanjang tahun 2015 dan semuanya adalah sangat dan teramat berharga.

Segala sakit, perih, pedih, sedih, gembira, gelak tawa, bahagia, rindu, duka, mencintai, dicintai,  disayangi, menyayangi dan pelbagai rasa lagi yang aku rasai. Ini lah nikmat kehidupan yang Engkau beri kepadaku wahai Tuhanku, Allah Yang Maha Besar.

Banyak kenangan yang tercipta pada tahun 2015 ini. Tidak tercukup untuk diceritakan semuanya. terlalu banyak.

Terima kasih Allah.


2015 adalah tahun aku menamatkan Zaman Diploma.
2015 adalah tahun aku Grad untuk Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
2015 adalah Tahun aku diuji dengan kemalangan Jalan Raya.
2015 adalah Tahun aku dibukakan pintu hati untuk lebih serious terhadap tanggungjawab sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.
2015 adalah Tahun aku diuji dengan perpisahan.
2015 adalah tahun aku tinggalkan dunia "couple" semata kerana Allah
2015 Tahun aku kenal siapa kawan sebenar dan siapa ituhanya kawan semasa aku senang
2015 Tahun aku diuji dengan kekuatan diri pabila sendiri.
2015 aku dapat merasai lagi dunia pekerjaan.
2015 aku dapat menjejakkan kaki ke kampung Halaman di east java indonesia setelah 6 tahum kerinduan.
2015 adalah tahun aku mencipta banyak kenangan


Alhamdulillah

Terima Kasih Allah.
Terima Kasih 2015











Saturday, 9 January 2016

I am back



Lately ni rasa nak aktif menulis kembali. Lama dah tinggalkan dunia blogging ni. Terasa rindu pada dunia penulisan. Biarlah, walaupun pembacanya hanya seorang dua, janji aku puas. Kepuasan melepaskan sesuatu bebanan dalam bentuk penulisan. Walaupun hasil penulisanku tidak bernilai, tidak mengapa. Aku menulis sekadar menulis. 


Untuk permulaan yang baru ini, aku dah delete post lama yang tak sesuai berada di sini. Actually aku rasa macam hodoh betul post2 lama tu. Kelakar pun ada. Haahaha. Memang tak sesuai langsung untuk dikongsi pada laman umum. Tapi masih ada yang tidak dipadam dan masih boleh dibaca (perasan macam ada pembaca je) haha. 


Semoga azam kali ni untuk kembali akif menulis berjaya dilaksanakan. Aku ni ada penyakit malas sebenarnya. Tahap kritikal. Huhuhu. 


Good luck my dear self.

yuk yang semangat shida!!

(takut nanti hangat-hangat tahi ayam je) 




Tuesday, 5 January 2016

Aku Rindu Tempat Itu


sumber : Google Image




Rindu


Aku rindu..
Rindu udaranya yang nyaman,
Rindu Tanahnya yang merah,
Rindu suasananya yang aman..

Aku tidak dilahirkan disitu,
Aku tidak dibesarkan disitu,
Aku tidak tahu bahasa itu,
Aku kurang arif tentang adat budaya itu,

Yang aku tahu,
Aku rindu tempat itu.

Yang aku tahu,
Ada darah bangsa itu dalam tubuhku,

Yang aku tahu,
ada jiwaku disitu.

Ya aku rindu segalanya disana.

Namun perjalanan harus diteruskan,
Langkah kaki ini harus diperluaskan,

Demi masa depan,
Selamat tinggal kenangan.

by : cydarais