Thursday, 27 August 2015

RESEPI Aiskrim Oreo

Bismillahirrahmanirrahim...



haritu rasa terigin nak buat aikrim sendiri..  Tapi bukan aiskrim malaysia tu yg guna plastik kingkong tu.. bukan bukan bukan... ini askrim ala ala aiskrim walls oreo tu.. teringin punya pasal aku ngajak lah kakak aku buat.. so dia pun pi la beli susu cair dengan oreo sebab bahan lain memang dah ada kat rumah dah.. 




Resepi Aiskrim Oreo 

Bahan-bahan:

susu cair 1 tin
susu pekat setengah tin sahaja
ovalett 1 sudu besar
esen vanilla 1 sudu kecil
Biskut Oreo satu bungkus


Cara-Cara:

1. Masukkan semua bahan KECUALI Biskut Oreo ke dalam mangkuk Mixer.
2. Putar semua bahan tu sampai dia gebu lebih kurang 20 minute camtu la..
3. sementara tunggu dia gebu, asing kan krim oreo dari biskut oreo.
4. hancurkan Biskut oreo( takyah hancur sangat baru sedap makan nanti).
5. Bila dah gebu or kembang matikan mixer dan ambil SEPARUH sahaja biskut oreo yg dah hancur tadi campurkan dalam bahan-bahan gebu tadi. putar sekejap je bagi oreo tu bebetul hancur dan sebati.
6. Pisahkan mangkuk mixer tu dari mixer then masukkan lebihan oreo tu gaul guna sudu sahaja.
7. masukkan dalam mangkuk. tutup. masukkan dalam peti ais bahagian airbatu tu semalaman.
8. bila dah keras boleh makan. 


Nie lah hasilnya. dah habis separuh disebabkan tak sabar nak rasa. haha.

Kalau ada oreo lebih boleh buat topping. 


Try lah buat pasti enak di makan.


Good Luck

Okay bye..




No comments:

Post a Comment