Saturday, 5 January 2013

solat istikharah untuk memilih . . . . . . . .

Assalamualikum . . .
 berkenaan Post yg lepas , aku ad update pasal hubungan aku dan si dia . .  dan kehadiran orang ke3 . . . dan sekarang aku sangat keliru untuk memilih sama ada ingin memberi si dia peluang lagi atau pun meninggalkan nya . . .

sangat keliru . . . !!

so my best friend ad bg cadangan , "why not kau buat solat istikharah , untuk buat pilihan sama ada ko mintak putus ataupun maafkan dia and bg dia peluang lagi"
aku pun rasa macam ok jugak idea tu . .

solat istikaharah ni bukan untuk mintak petunjuk siapa jodoh kita sahaje , tapi untuk mintak petunjuk dalam membuat keputusan setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan ni , tak kesah la pasal study ke pekerjaan , persahabatan dan macam-macam lagi . .  yang paling kita kita kene yakin dengan pertolongan dan bantuan dari Allah s.w.t.

kalau kita rasa ragu untuk memilih yang mana lebih baik untuk kita antara dua perkara , kita di sarankan untuk melakukan solat istikharah ini.



ni aku nak share sedikit tentang cara solat istikharah :

solat istikhatah ni sama sahaja macam solat subuh dan solat sunat yang lain , hanya niat nya sahaja yang berbeza.


Niatnya :

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

maksudnya :

sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah ta'ala.



rakaat pertama :

baca surah al-Fatihah dan surah al-kafirun.


rakaat kedua :

baca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas


selepas salam , disarankan untuk membaca doa solat istikharah :

maksud nya :


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (...................) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (.....................) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


sebutkan perkara yang ingin di pilih di tempat ini (.............)


harap ini berguna untuk anda dan anda . .


^Tamat^

terima kasih . . .





No comments:

Post a Comment