ntah kenape ntah aku ni . . bosan tahap gaban dah . . 3 hari cuti dok dalam bilik jew . . hari2 mengadap laptop main game and online fb , twitter and segala bagai lah . .
teringat pulak cerita "orang tamak selalu rugi" (aku pun tak tahu ape kene mengena dengan kebosanan aku ni ) haha . .
baca jew lah ....... ini hanya cerita rekaan dan tiada kene mengena dengan sesipa yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia . .
pada suatu hari ada seorang lelaki yang bernama Ali (bukan name sebenar) . dia ade seorang isteri bernama zainab . . zainab adalah seorang perempuan yang kurang dari segi kacantikan , tapi sentiasa kemas untuk suaminya . setiap hari dia berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata suami nya . . dia menerima segala kekurangan suaminya . . zainab juga seorang yang cemerlang dalam ilmu duniawi dan juga agama.
zainab pernah bekerja sebagai guru dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah . tetapi setelah selesai pengajiannya dia mengorbankan cita2nya yang ingin menjadi pensyarah hanya untuk suaminya yang melarangnya untuk bekerja . . kata suaminya , tanggongjawab mencari rezeki adalah tugas suami dan tambahnya suaminya lagi , risau kalau2 ada yang berminat dengan isteri tercintanya itu.
Manakala, Ali pula hanya seorang pekerja kilang yang memegang jawatan 'supervisor' . ali tidak sempat menghabiskan pelajarannya kerana kenakalan nya semasa di sekolah dahulu . . dia hanya sempat menghabiskan kan pelajarannya sehingga PMR sahaja . . ali juga tidak lah begitu hensem , biasa2 sahaja rupa parasnya . . tetapi dia mempunyai sifat penyayang dan suka mengalah . .
mereka telah menjalani bahtera rumah tangga selama 5 tahun dan di kurniakan 2 orang cahaya mata . perkahwinan mereka sangat bahagia....
lama kelamaan perangai Ali sedikit berubah , dia yang penyayang sebelum ini menjadi lupa untuk mengambil berat tentang isteri dan anak2nya. dia kerap kali lewat pulang ke rumah . zainab menjadi semakin curiga dengan suaminya . lalu di menyiasat sendirian . . akhirnya dia mendapt tahu tentang kehadiran seorang perempuan dalam hidup suaminya.
dia berterus terang dan berbincang denagn suaminya mengenai hal itu . .
suaminya berjanji ingin melupakan perempuan itu tetapi selang beberapa minggu selepas itu zainab mendapat tahu bahawa mereka masih berhubungan . . .
kerana terlalu kecewa , zainab meminta suaminya untuk memilih . .
jelaslah suaminya memilih perempuan itu kerana kecantikannya , kekayaannya , dan kemanjaan perempuan itu yang memebuat ramai lelaki terpikat . . dengan kerelaan hati Ali , Ali melepaskan Zainab dengan talak . . dengan penuh rase kekecewaan zainab mengalah dan membawa anak2 nya pergi jauh dari hidup suaminya .
selang seminggu ........
Perempuan tersebut telah meninggalakan Ali setelah tahu tentang kekurangan yang ada pada diri Ali . . perempuan tersebut adalah seorang yang cantik , tidak lekang dengan mekapnya , juga seorang yang yang berjaya dalam pelajaran dan memiliki pekerjaan sebagai pereka fenyen yang terkenal . . selepas tahu Ali hanya pekerja kilang dia meninggalkan Ali . . .
akhirnya ......
Ali tinggal keseorangan . .
kerana ingin mendapat seseorang yang lebih baik dari isterinya , Ali telah memperjudikan kebahagiannya bersama isteri dan anak2nya . .
so moral of the story : kita harus lah menghargai orang yang menyayangi kita sebaiknya . . . jika kita menjumpai seseorang yang lebih baik , belum tentu dia boleh terima semua kekurangan yang kita ada . . dan belum tentu dia boleh bersama-sama kita untuk memperbaiki kekurangan kita tu . . .
jage lah hati orang2 yang menyayangi anda sebaiknya . .
jangan pernah biarkan dia mengalirkan air mata kerana kita menyakitinya ,, tetapi buatlah dia mengalirkan air mata nya kerana dia terharu akan kesetiaan , kejujuran dan keikhlasan kita terhadapnya . .
terima kasih kerana sudi membaca .
^^Tamat^^