Thursday, 26 September 2013

a tired day ever. :')

Bismillahirrahmanirrahim.

today , 26 sept 2013 . almost 2 month i didn't updating my blog . . miss it . .

well well well , today is full of tiredness and i'm stresssss !!!!!  

cerita dia macam ni . hari ni nak kene hantar assingment , iaitu Problem Bask Task 2 untuk subject OOP . OOP ni Object Oriented Programming . susah ke senang ?? ofcourse lah susah . ermmm . subjek ni lebih kepada macam nak buat program tu . paham tak apa yg aku cuba sampai kan ?? kalau tak paham , "kesah plak aku. haha" okay2 berbalik kepada cerita. assignment tu kene hantar before 5 p.m . semalam aku dah try buat dah tapi tak reti2 juga . stress punya pasal pkol 2 a.m aku pun tidur . . 

then hari ni aku start buat pkol 2 petang after solat zohor . . sebab pagi ade class lain . buat2 punya buat **tiru coding member aku**  program tu kata error . sampai lah pkol 4.15 pm . aku gelabah juga lah . nak cari printer lagi . tapi rilex . cool dulu . try lagi . bila dah pkol 4.30 tu mmbe2 yg lain semua dah berjaya buat program tu . . yg aku dah ikot sebijik2 coding dorang pun still ada error .  stress . sampai 3 org check coding aku , dah sama ngan dorg tapi error jugak. 

dorg yg dah siap ni nak g print kat bilik membe lain kat block sebelah .  aku pun follow , ade sorang membe tolong bawakan laptop aku yg besar gabak ni kesana sementara aku nak d bersiap jap . *maklumlah , baju kat bilik asrama lain , nak kua kena la pakai sopan.. cewahhhh* sampai sana tuan punya printer tu nama nya suzi . dia lah g tolong aku everything . dia buatkan coding tu balik . wahh . Alhamdulillah . 

tepat pkol 5 pm siap di print then apa lagi aku terus berjalan laju dan berlari menuju ke Jabatan (pejabat lecturer) yg lain semua dah ada kat sana sebab dorg dah siap dulu. aku ngan ex-roommate aku yg sem lepas tu , iykin nama nya , dia yg teman aku berjalan laju ke jabatan , tapi dia tak berlari . sakit kaki katanya -_-  
nak tahu macam mana keadaan aku masa tu ? bayangkan ekh .aku pakai selipa jamban wei . gila kalau lecturer nampak aku , kene saman lah aku . hahaha

tapi alhamdulillah , Allah makbulkan doa aku . sempat juga aku hantar .

Allahuakbar!
Subhanallah!

Doa selepas solat asar tadi aku sebak . dugaan betul harini . aku hampir menangis tadi. tapi kene cover depan roommate aku . hahaha . 

ni bukan doa lepas solat tadi , tapi ni doa dari hati ni yg tengah berombak . *wahh.. kelas ayat kau* hahaha

Ya Allah ..
Permudahkan segala urusanku .
urusan pembelajaran , urusan kehidupan , urusan harian ,
urusan dunia dan urusan akhirat .

Ya Allah perindahkan lah Akhlak ku, perlakuan ku , percakapanku..
supaya aku tidak menyakiti hati kedua ibubapaku , keluargaku , sahabat2ku , org2 sekelilingku .
jangan lah mereka terasa hati dengan ku.

Ya Allah , 
bukakanlah pintu hatiku untuk menerima hidayah dan petunjukMU 
semoga satu hari nanti aku adalah umatMu yang taat akan perintahMU
semoga satu hari nanti aku adalah hamba yang solehah . 
Amin.

sekian.

Saturday, 1 June 2013

In Memory .


Assalamualikum.

agak malas nak meng'update' blog sekarang ni.  haish . masalah besar penyakit malas mula mengusai diri pabila cuti semester ni . dah sebulan aku cuti baru hani nak update berkenaan "semester 2 in memory" . semester dua ni banyak masalah yg datang melanda diri aku . Tapi apakan daya redha saja lah .

tapi.............. kenangan manis pun banyak juga. . semester dua ni Alhamdulillah aku dapat Roommate yang sangat kering hati nya . haha. alhamdulillah lah aku takde apa2 masalah dengan dia . nama dia syikin (bukan nama Penuh). of course sekelas la kan . dia ni agak penakut sikit . kawan2 lain selalu lepak bilik kami . selalu la juga tengok cerita hantu sampai 2,3 pagi . tapi kengkadang dia tak mau joint . huhu last2 tergoda juga , dia pun joint lah.

kalau kitorang cerita pasal bende2 mistik ni , dia yang tutup telinga dulu . kuikuikui . aku pun takut juga tapi nak juga tahu kan cerita2 hantu kat poli tu . haha **acah2 berani**

sebenarnya aku sangat lah tidak rajin untuk menaip panjang2 so aku tunjuk gambar jew lah . .

bak iklan Yuna : "setiap gambar ada lagu"  tapi aku tukar versi lain "setiap gambar ada cerita dan kenangan"


memula gambar kertas yang ditampal di hadapan pintu bilik aku . kertas yang mengandungi nama penghuni bilik beserta gambar dan number matrik .

ni lah yang di tampal di pintu bilik kami .


haaa... bila buka pintu bilik ni lah dia isi bilik kami. simple je, dan sila ABAIkan dinding2 tu ekh ??


bilik 4.21 picture1



bilik 4.21 picture2.
kalau korang pergi kat tingkap tu . ni lah pemandangan yang cukup indah. tenang kalau tengok pemandangan pantai ni , lagi-lagi masa matahari naik atau pun terbenam . Indah ciptaan Allah ni. Subhanallah. Tapi dalam gambar ni tak nampak cantik sebab guna camera henfon sony cybershot aku yang tak canggih ni. huh! almaklumlah, henfon lame. henfon ni popular zaman aku form1 or form2 dulu . ceh , huhu.

pantai belakang PSIS.


ni pulak gambar anak kucing yang aku ngan roommate aku hangkut bawak masuk bilik . huhu . comel . kami memang suka kucing.

miaww... 
zzZzZzZzzz

time lepak2 petang2 haus pula . jadi kami pun order lah minuman ni semua . sorang satu :)

milo, keladi , mocha dan jagung .



ni pula aku dan roommate aku. comel kan kami **keperasanan yang melampau**

roommate.

yang bawah ni semua kawan2 aku .



no caption . :)
buat muka pula.  -_-"


seriously i'm gonna miss the time with all of you in semester 2. ceh. macam tak jumpa lagi pula. huhu.

tu jew kot gambar yg boleh di share .


^tamat^



Sunday, 12 May 2013

salam Rejab.

Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum . . . rasanye belum terlambat nak mengucapkan salam rejab kepada semua . .
lame dah tak update , al maklumlah line kat rumah ni agak nazak juga . . huhu . .
Alhamdulillah , sampai juga aku kat bulan rejab ni lagi . . harap-harap sampai la ke bulan sya'ban dan Ramadhan supaya dapat digunakan sebaik-baiknya kelebihan-kelebihan yang ada dalam 3 bulan istimewa ni . . . InsyaAllah , Amin . . 




REJAB bulan menabur benih.  SYAABAN bulan menyiram tanaman.  RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.  SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat.  SYAABAN bulan muhibbah.  RAMADAN dilimpahi pahala amalan. 



^tamat^

Thursday, 25 April 2013

Astaghfirullah Rabbal Baraya

Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum.. tersentuh hati tatkala mendengar zikir taubat ni. Terasa banyak dosa yang telah dilakukan. dosa kecil dan besar. astaghfirullahalazim.

jom tengok , dengar dan hayati bersama..






Astaghfirullah Rabbal Barroya 

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 


Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 




Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna) 



Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan) 



Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 



Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X 
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 



Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 



Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 




Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna) 



Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan) 



Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 



Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X 
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 



Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 



Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)..2X



^tamat^


Friday, 8 March 2013

Gunakan sebaiknya

Assalamualaikum....

hampir masuk waktu mahgrib saat ini.... luangkan masa sebentar untuk menulis... semoga membawa faedah kepada semua...


Allah memberikan kita mata bukan untuk menghina tetapi untuk melihat situasi dan melihat keindahan alam ciptaanNya supaya dapat kita bersyukur...  Allah menciptakan  mulut bukan untuk mengkritik, bergosip or mengumpat , tetapi untuk menyampaikan kebenaran dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat .... Allah ciptakan tangan bukan untuk menghukum org yang berdosa atau tidak berdosa tetapi untuk menghulurkan bantuan , memberikan pertolongan dan memberikan sesuatu untuk orang-orang yang tidak berkemampuan..... Allah ciptakan Telinga bukan untuk mendengar gosip atau fitnah , tetapi untuk mendengar keluh kesah . . gunakan sesuai dengan kehendak Allah . . .


^tamat^

belajarlah mengucapkan Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirahim.....

Assalamualaikum...
hari ke 8 dalam bulan mac... Alhamdulillah atas nikmat Allah selama hidup di muka bumi Allah yang penuh dengan dugaan dan ujian ini..



Bersyukurlah atas nikmat yang telah diberikan. Bersyukurlah atas kesihatan , kesakitan kerana sakit itu dapat mendhapuskan dosa . Bersyukurlah atas rezeki sama ada sedikit ataupun banyak . Bersyukurlah atas pekerjaan kita walaupun sungguh berat dan susah kerja yg harus dilakukan tetapi Alhamdulillah Allah masih memberi ke izinan untuk kita bekerja  Bersyukurlah atas kehadiran keluarga , saudara-mara dan sahabat , walaupun selalu berselisih pendapat  atau bergaduh dgn mereka tetapi tanpa mereka pasti kita berada dalam kesunyian . Bersyukurlah dengan ujian dan dugaan Allah kerana itu petanda Allah sayang akan kita . Bersyukurlah dengan setiap yang ada pada dira kita dan sekeliling kita......

Tanpa izin Allah, kita tidak akan mampu untuk memiliki apa yang telah kita miliki sekarang ini ...

"Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah...."


^tamat^



Saturday, 23 February 2013

Bangga melakukan Dosa.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum , lama dah rasanya aku tak update blog ni . .  rase rindu nak menaip tapi kemalasan melanda diri ini , disamping kerja yg semakin banyak ni . huhu .  Alhamdulullah hari ini aku gagahkan juga diri untuk menaip sesuatu di blog ni .

hari ini aku nak share sikit sesuatu tentang "bangga melakukan dosa" sekadar berkongsi ^_^

aku pun bukannya alim sangat . tapi aku tahu lah yang mana haram dan yang mana halal.

ceritanya macam ni . Menjelang Tahun Baru China hari tu aku pulang awal kerumah , memandangkan kelas habis awal . aku pun balik lah pada hari khamis . aku sampai ke pelabuhan klang lebih kurang dalam pukul 8.30 malam. Ayah aku pun datang ambil aku di sana dan aku diberitahu ada majlis seperti rumah terbuka di rumah majikannya pada malam itu. disebabkan rumah aku jauh , takkan lah ayah aku nak hantar aku balik then patah balik ke rumah bos dia tu . . penat je and of course lah membazir minyak kereta kan ? so aku follow lah ayah aku pergi ke rumah bos dia tu dengan adik lelaki aku tu.

sampai-sampai je disana  aku duduk di meja yang agak hujung bersama adik lelaki aku , manakala ayah aku pula duduk di meja berhadapan aku dengan rakan-rakan sekerjanya. Ayah aku pesan kalau nak makan , ambil sate dan sate dengan kfc sahaja . . sebab yg tu jew conform HALAL . aku pun makan lah sate . sedang enak menjamu selera , adik aku cakap , "kak tengok tu , dia  minum air tiger "  aku pun pandang , memula aku ingatkan orang cina so tak heran lah kan , tapi rupe-rupenya org melayu . ok aku dah mula pelik dah . alah , korg tahu kan air tin yg ada tulisan "Tiger" tu kan . itu  di kira beer kan ? haram kan ?

budak yang minum air Tiger tu lelaki dan muda lagi . lagi muda dari adik aku ni . huh!  siap snap picture gune tab posing tengah minum air haram  tu lagi . yg tolong snap kan picture dia tu pulak maybe kakak dia kot , bertudung . mungkin dia nak tunjuk yang dia ada "tab" kot . haha. kakak dia tu aku tak nampak la dia minum ataupun tidak , mungkin tak . cuma sepatutnya dia harus lah melarang budak lelaki tu .  sangat kecewa aku melihat bande tu . bila-bila masa sahaja gambar itu boleh tersebar . kalau lah tersebar , pasti akan memalukan agama kan ?

maaflah . aku bukan nak buka aib sesiapa , tetapi sebagai pengajaran  kepada org lain .
maaf kalau aku tersalah meletakkan hukum .

semoga Allah membuka pintu hati mereka.

aku pun bukan alim sangat . Tetapi hanya sekadar mengingati antara sama lain .
         ^TamaT^ 

Sunday, 6 January 2013

Orang Tamak Selalu Rugi

assalamualaikum . . .
ntah kenape ntah aku ni . .  bosan tahap gaban dah . . 3 hari cuti dok dalam bilik jew . . hari2 mengadap laptop main game and online fb , twitter and segala bagai lah . .

teringat pulak cerita "orang tamak selalu rugi"  (aku pun tak tahu ape kene mengena dengan kebosanan aku ni ) haha . .

baca jew lah ....... ini hanya cerita rekaan dan tiada kene mengena dengan sesipa yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia . .

         pada suatu hari ada seorang lelaki yang bernama Ali (bukan name sebenar) . dia ade seorang isteri bernama zainab . . zainab adalah seorang perempuan yang kurang dari segi kacantikan , tapi sentiasa kemas untuk suaminya . setiap hari dia berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata suami nya . . dia menerima segala kekurangan suaminya . . zainab juga seorang yang cemerlang dalam ilmu duniawi dan juga agama.

zainab pernah bekerja sebagai guru dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah . tetapi setelah selesai pengajiannya dia mengorbankan cita2nya yang ingin menjadi pensyarah hanya untuk suaminya yang melarangnya untuk bekerja . . kata suaminya , tanggongjawab mencari rezeki adalah tugas suami dan tambahnya suaminya lagi , risau kalau2 ada yang berminat dengan isteri tercintanya itu.

      Manakala, Ali pula hanya seorang pekerja kilang yang memegang jawatan 'supervisor' . ali tidak sempat menghabiskan pelajarannya kerana kenakalan nya semasa di sekolah dahulu . . dia hanya sempat menghabiskan kan pelajarannya sehingga PMR sahaja . . ali juga tidak lah begitu hensem , biasa2 sahaja rupa parasnya . . tetapi dia mempunyai sifat penyayang dan suka mengalah . .

      mereka telah menjalani bahtera rumah tangga selama 5 tahun dan di kurniakan 2 orang cahaya mata . perkahwinan mereka sangat bahagia....

      lama kelamaan perangai Ali sedikit berubah , dia yang penyayang sebelum ini menjadi lupa untuk mengambil berat tentang isteri dan anak2nya. dia kerap kali lewat pulang ke rumah . zainab menjadi semakin curiga dengan suaminya . lalu di menyiasat sendirian . . akhirnya dia mendapt tahu tentang kehadiran seorang perempuan dalam hidup suaminya.

       dia berterus terang dan berbincang denagn suaminya mengenai hal itu . .
suaminya berjanji ingin melupakan perempuan itu tetapi selang beberapa minggu selepas itu zainab mendapat tahu bahawa mereka masih berhubungan . . .

      kerana terlalu kecewa , zainab meminta suaminya untuk memilih . .

      jelaslah suaminya memilih perempuan itu kerana kecantikannya , kekayaannya , dan kemanjaan perempuan itu yang memebuat ramai lelaki terpikat . . dengan kerelaan hati Ali , Ali melepaskan Zainab dengan talak . . dengan penuh rase kekecewaan zainab mengalah dan membawa anak2 nya pergi jauh dari hidup suaminya .

       selang seminggu ........

     Perempuan tersebut telah meninggalakan Ali setelah tahu tentang kekurangan yang ada pada diri Ali . . perempuan tersebut adalah seorang yang cantik , tidak lekang dengan mekapnya , juga seorang yang yang berjaya dalam pelajaran dan memiliki pekerjaan sebagai pereka fenyen yang terkenal . . selepas tahu Ali hanya pekerja kilang dia meninggalkan Ali . . . 

     akhirnya ......

Ali tinggal keseorangan . . 

kerana ingin mendapat seseorang yang lebih baik dari isterinya , Ali telah memperjudikan kebahagiannya bersama isteri dan anak2nya . .



so moral of the story :  kita harus lah menghargai orang yang menyayangi kita sebaiknya . . . jika kita menjumpai seseorang yang lebih baik , belum tentu dia boleh terima semua kekurangan yang kita ada . . dan belum tentu dia boleh bersama-sama kita untuk memperbaiki kekurangan kita tu . . .

jage lah hati orang2 yang menyayangi anda sebaiknya . .



jangan pernah biarkan dia mengalirkan air mata kerana kita menyakitinya ,, tetapi buatlah dia mengalirkan air mata nya kerana dia terharu akan kesetiaan , kejujuran dan keikhlasan kita terhadapnya . .


terima kasih kerana sudi membaca .


^^Tamat^^


Saturday, 5 January 2013

solat istikharah untuk memilih . . . . . . . .

Assalamualikum . . .
 berkenaan Post yg lepas , aku ad update pasal hubungan aku dan si dia . .  dan kehadiran orang ke3 . . . dan sekarang aku sangat keliru untuk memilih sama ada ingin memberi si dia peluang lagi atau pun meninggalkan nya . . .

sangat keliru . . . !!

so my best friend ad bg cadangan , "why not kau buat solat istikharah , untuk buat pilihan sama ada ko mintak putus ataupun maafkan dia and bg dia peluang lagi"
aku pun rasa macam ok jugak idea tu . .

solat istikaharah ni bukan untuk mintak petunjuk siapa jodoh kita sahaje , tapi untuk mintak petunjuk dalam membuat keputusan setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan ni , tak kesah la pasal study ke pekerjaan , persahabatan dan macam-macam lagi . .  yang paling kita kita kene yakin dengan pertolongan dan bantuan dari Allah s.w.t.

kalau kita rasa ragu untuk memilih yang mana lebih baik untuk kita antara dua perkara , kita di sarankan untuk melakukan solat istikharah ini.



ni aku nak share sedikit tentang cara solat istikharah :

solat istikhatah ni sama sahaja macam solat subuh dan solat sunat yang lain , hanya niat nya sahaja yang berbeza.


Niatnya :

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

maksudnya :

sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah ta'ala.



rakaat pertama :

baca surah al-Fatihah dan surah al-kafirun.


rakaat kedua :

baca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas


selepas salam , disarankan untuk membaca doa solat istikharah :

maksud nya :


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (...................) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (.....................) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


sebutkan perkara yang ingin di pilih di tempat ini (.............)


harap ini berguna untuk anda dan anda . .


^Tamat^

terima kasih . . .





Tuesday, 1 January 2013

konvokesyen kakak aku .

assalamualikum , rase malas betul nk menaip huhu . tapi di sebabkan bosan tahap melampau duduk kat bilik asrama ni , aku pun merajin kan diri nak update blog ni . . . idea yang timbul banyak tapi belum kesampaian lagi untuk menaip idea2 tersebut di dalam blog . . . InsyaAllah 1 hari nanti aku akan merajinkan diri untuk meng'update' blog peribadi aku ni . .

hari ni just nak share sedikit picture mase aku di PICC Putrajaya semasa konvokesyen kakak aku . .












ha, tu je lah yg dapat di kongsi bersama . . ni konvo kakak aku tapi rase mcm post konvo aku je . .  hahaha . . . bila lah aku nak graduate ni . . . tak sabar2 rasenye . . .  huhu *gelojoh* baru sem 2 . . haha . . . . 
 i think thats all for today haha 

^tamat^