Tuesday, 27 October 2015

Apa Maksud Infiru ?


Hai eblibadi.. Assalamualaikum.. 

Niat di hati nak share ilmu, walaupun tidak lah banyak mana ilmu di dada ni. Masih belajar dan akan terus belajar.

Okay, 
Today we wanna talk about Infiru.

Aku pernah tanya diri sendiri bende lah infiru ni. orang dok sebut infiru infiru tapi aku yang dengar bukan tahu apa maksudnya.

haaa.. kata orang kalau tak tahu kena tanya, malu bertanya sesat jalan.. ye dok ?
Bila dah tanya pada tempat sepatutnya mestilah dapat jawapannya kan.
Bila dah tahu jangan lupa share ilmu tu, sharing is caring kannnn....

Infiru bermaksud Berangkatlah !

"Berangkatlah dalam keadaan susah dan senang, dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui."
At-Taubah ayat 21

Infiru ni sesuai tuk orang malas macam aku ni haa.. nak buat itu malas nak buat ini malas. so tuk bagi hati ni rasa serba salah sikit , tukar niat camni  "study la shida, infiru! niat kerana Allah. Infiru! Infiru!" haaa gitu , baru ada rasa serba salah dalam diri. 

Bila sebut infiru tu, teringat lah kat surah At-Taubah tu ayat 21. Makanya diri ini terasa serba salah terhadap diri sendiri, dan dengan terpaksa diri ini bangkitlah membuat perkara yang dimalasi tadi.

Kalau sebut pasal malas ni, nak pi kerja lagi la double triple malas but kerja yang halal ni jihad jugak kan ?? so apa lagi seru lah diri wahai shida. Infiru. Dalam keterpaksaan ku relakan jua, cehhh hahaha.. at least dengan cara tu aku boleh paksa diri aku ni haa.. paksa tuk tak malas. buat juga sesuatu walaupun terpaksa.

cara anda bagaimana ?


sumber : Google Image



Sunday, 18 October 2015

Moving On





Duhai hati..
Belajarlah untuk melupakan.

duhai akal...
belajarlah untuk membuang segala ingatan tentangnya..

Duhai mimpi..
belajarlah untuk tidak bermimpi tentangnya..

kerna ia hanya sebuah masa lalu
sebuah memori
sebuah kenangan

kerna dia hanya igauan lampau
kerna ia sudah menjauh dari diri 

duhai hati..
belajarlah untuk ikhlas melepaskan..
belajarlah untuk redha dengan perpisahan
belajarlah untuk sabar.

kerna ia bukan bagian dari masa depan.