Friday, 22 May 2015

CITA - CITA KU

Assalamualaikum..

Haa ni nak cakap pasal cita-cita. Entah kenapa tetiba teringat pulak pasal cita-cita masa kecik dulu. Hahaha. Macam-macam cita-cita aku. Berlainan cikgu yang tanya berlainan jawapan aku bagi. Haha maaf cikgu semua , saya takde niat nak tipu cikgu tapi saya memang nak jadi semua yang saya cakap tu. Ha tapi bila dah besar ni semua cita-cita aku tak menjadi. Entah ler aku pun confius sebenarnya. Nak tahu apa je cita-cita aku dolu-dolu??

Hahaha Aku pernah bercita-cita nak jadi pegawai polis sebab tengok cerita gerak khas. Haha 
Aku pernah bercita-cita nak jadi ahli bomba sebab masa kilang sebelah rumah lama dulu terbakar aku tengok bomba tu buat kerja jirus-jirus air macam syok je. 
Pastu aku up sikit tak nak jadi bomba biasa tapi nak jadi pegawai dia boleh duduk dalam opis hahahaha 
Then cikgu pastu pelukis pastu peguam.. 
 Ha yang peguam tu sekejap je pastu hilang minat dah. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu. 
Penulis novel, wartawan, pembaca berita , photogapher and so many more.. 

 Well nak tahu sekarang aku jadi apa. Jobless haha. 

 Acctually aku baru habis semester 6 for my diploma .
 Baru je dapat result minggu lepas. Tengah cari kerja yg dekat dengan rumah. 
Tapi susahnya nak cari kerja.. T_T 

Salah satu sebab kenapa aku still mengganggur adalah kerana tulang bahu aku patah sikit so i need more rest. Nak tahu jugak ke kenapa patah? Aku accident seminggu sebelum final exam.. car accident..waaa so sad.. and yes i’m wearing a sling in my hand while taking a paper for my final exam. Sobsobsob.

 Pasal car accident tu lain kali la aku tulis. Next time okay. 

Cita-cita tu semua tinggal cita-cita je. Aku move on berdasarkan keadaan sekeliling. Apa kerja yang ada nanti aku sauk je lah. Janji Halal. Tak gitu ke. 

 Haaa thats all lah. Bye bye


 ^Tamat^