Saturday, 23 February 2013

Bangga melakukan Dosa.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum , lama dah rasanya aku tak update blog ni . .  rase rindu nak menaip tapi kemalasan melanda diri ini , disamping kerja yg semakin banyak ni . huhu .  Alhamdulullah hari ini aku gagahkan juga diri untuk menaip sesuatu di blog ni .

hari ini aku nak share sikit sesuatu tentang "bangga melakukan dosa" sekadar berkongsi ^_^

aku pun bukannya alim sangat . tapi aku tahu lah yang mana haram dan yang mana halal.

ceritanya macam ni . Menjelang Tahun Baru China hari tu aku pulang awal kerumah , memandangkan kelas habis awal . aku pun balik lah pada hari khamis . aku sampai ke pelabuhan klang lebih kurang dalam pukul 8.30 malam. Ayah aku pun datang ambil aku di sana dan aku diberitahu ada majlis seperti rumah terbuka di rumah majikannya pada malam itu. disebabkan rumah aku jauh , takkan lah ayah aku nak hantar aku balik then patah balik ke rumah bos dia tu . . penat je and of course lah membazir minyak kereta kan ? so aku follow lah ayah aku pergi ke rumah bos dia tu dengan adik lelaki aku tu.

sampai-sampai je disana  aku duduk di meja yang agak hujung bersama adik lelaki aku , manakala ayah aku pula duduk di meja berhadapan aku dengan rakan-rakan sekerjanya. Ayah aku pesan kalau nak makan , ambil sate dan sate dengan kfc sahaja . . sebab yg tu jew conform HALAL . aku pun makan lah sate . sedang enak menjamu selera , adik aku cakap , "kak tengok tu , dia  minum air tiger "  aku pun pandang , memula aku ingatkan orang cina so tak heran lah kan , tapi rupe-rupenya org melayu . ok aku dah mula pelik dah . alah , korg tahu kan air tin yg ada tulisan "Tiger" tu kan . itu  di kira beer kan ? haram kan ?

budak yang minum air Tiger tu lelaki dan muda lagi . lagi muda dari adik aku ni . huh!  siap snap picture gune tab posing tengah minum air haram  tu lagi . yg tolong snap kan picture dia tu pulak maybe kakak dia kot , bertudung . mungkin dia nak tunjuk yang dia ada "tab" kot . haha. kakak dia tu aku tak nampak la dia minum ataupun tidak , mungkin tak . cuma sepatutnya dia harus lah melarang budak lelaki tu .  sangat kecewa aku melihat bande tu . bila-bila masa sahaja gambar itu boleh tersebar . kalau lah tersebar , pasti akan memalukan agama kan ?

maaflah . aku bukan nak buka aib sesiapa , tetapi sebagai pengajaran  kepada org lain .
maaf kalau aku tersalah meletakkan hukum .

semoga Allah membuka pintu hati mereka.

aku pun bukan alim sangat . Tetapi hanya sekadar mengingati antara sama lain .
         ^TamaT^