Monday, 26 November 2012

KENTANG KEBEBASAN

Bosannye lah duduk rumah ni ...
x tahu nak buat ape ...

ni aku nak share 1 cerita...
cerita aku pernah bace mase aku sekolah maybe mase form 2 kot ...

kalau nak tahu best kew x , bace lah sampai habis okey ?


KENTANG KEBEBASAN

           suatu ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantung plastik jernih ke sekolah. Lalu ia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa biji  kentang untuk setiap orang yang mereka tidak maafkan . sebiji kentang mewakili seorang yang mereka tidak maafkan.

           mereka diminta untuk menuliskan nama orang yang mereka tidak maafkan itu pada kentang tersebut. Ada beberapa orang kanak-kanak tersebut yang memiliki kantung yang ringan, ada juga yang memiliki plastik yang berat berlebihan.

          Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu kemana-mana sahaja mereka pergi selama seminngu genap, tidak kira siang atau malam. pendek kata, kantung itu harus bersama mereka setiap masa , walaupun tidur, belajar , berjalan dan sebagainya.

          Lama kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. banyak daripadanya yang membusuk dan berbau. Hampir semua murid-murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka itu. Akhirnya waktu 1minggu selesai. dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuang kantung itu.

         Cikgu berkata, tujuan dia memberikan tugasan itu adalah kerana ingin memberikan pengajaran tentang bebanan membawa kantung yang berat dan semakin lama semakin membusuk itu . ia di ibaratkan seperti bebanan tidak memaafkan seseorang atau menyimpan dendam kepada seseorang sangat menyusahkan, seperti susahnya mereka membawa kantung yang busuk itu ke merata tempat.

          Memaafkan sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu kemana sahaja kaki melangkah.

          Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita genggam terus menerus. Getir, berat dan meruapkan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian.
          Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. KEBEBASAN dari rasa dendam, rasa marah, dan kedegilan hati.





^tamat^

Friday, 23 November 2012

my birthday !!!

happy birthday to my self 

haha

semalam adalah 23 november 2012 . bermaksud semalam umur aku genap 18 tahun huhu.
kesian kan ? dah hujung tahun baru nak masuk 18 tahun . huhu .
tapi xpelah .. tu menendakan yang aku ni masih muda . .  hahaha

Alhamdulillah , aku masih di beri nafas hingga ke hari ini. 
Alhamdulillah atas nikmat yang Allaah bagi sepanjang 18 tahun aku hidup ni .
Alhamdulillah untuk segalanya. 

ramai jugak la membe yang wish . thanks a lot . . 

ramai juga yang nak jadi orang terakhir wish besday aku sebab tak dapat jadi org pertama . hahahahahaha lawak kan ??
tapi xpew asalkan dorg egt aku.
panas telinga aku ni dok begayut ngn dorg sume .
macam2 cite lah ktorg cite huhu
kawan2 skola aku yg gile dulu x berubah gile2 nye tuh . ..
bile dapat cakap ngan dorg lepas rindu aku sikit . . huhu






^tamat^

Thursday, 22 November 2012

bizarre food / makanan pelik

BIZARRE FOOD
or
WEIRD FOOD


weird food is known as BIZARRE FOOD. ni lah tajuk oral presentation aku in semester 1 ni .
korg nk tahu ape tu bizarre food ?
ni yg nk cite ni . .
huhu

bizarre food is a weird food from around the world . sometimes its disgusting and exotic. dalam erti kata lain ia nya agak menjijikkan . huhuhu . makanan ni berbeza-beza depends on country, culture and religion.
ni nak share antara name makanan yg pelik ni.

1.brain sandwiches
2. Tuna eyeball
3. balut
4. fugu
5. monkey brain
dan banyak lagi. pandai-pandai la korg bukak google cari sendiri huhu.

ni nk share picture sikit. sesiapa yg lemah semangat jgn nk ngade2 tengok gmbar ni k . nnt ade yg terkejut la muntah la , pengsan lah uhuhuhuhu

brain sandwiches


fugu

sannakji

bebola nasi sutera

katak/frog

shushi

cindil @ anak tikus



tu je lah . aku yg share bende ni pun dah rase nk muntah dah . hahaha
hope korg dapat tambahkan pengetahuan korg bile bace bende ni. selamat menjamu selera pada yg nk mkn tu k? huhuhu

^tamat^

Saturday, 3 November 2012

cerita pertamaku!

Assalamualikum! hai semua!
lebih elok kalau aku memperkenalkan diri.
sHieDa nama diberi. stay in klang selangor but now i'm studying in politeknik Sabak bernam Selangor. Sebenarnye aku tak tahu nak tulis ape. hahah . suke-suke jew buat blog ni . . .  kepada sesiapa yang beranggapan aku ni tidak sopan kerana menggelarkan diri aku sendiri sebagai "aku". . .  aku minta maaflah kerana aku lebih selesa dengan panggilan tu . . . aku harap semua yang sedang membaca ni fahamlah . . huhu

for the first story i want to share about pengalaman aku buat individual oral presentation in front of my lecturer and others classmate. 

aku ni dah lah penakut nak cakap depan orang ramai, Allah je yang tahu betapa takut nye aku mase tu. bedebar nye jantung aku ni macam nak tercabut! huh . . . aku pilih tajuk BIZARRE FOOD IN THE WORLDS . . . Alhamdulillah tajuk ni lecturer aku suke , bagi dye tajuk ni sangat interesting becoz dye suke cite2 pelik macam tuh ! mase tengah present tuh bleh pulak aku tersasul , aku tak ingat pulak cacing dalam bahasa inggeris ape so aku pegi cakap "Caterpillar"  abes satu kelas gelakkan aku. tapi aku buat tak tahu jew . .  malu memang sangat memalukan tapi biarkan saja yang dah berlalu tu and teruskan kepada yang baru . .  hahahahah aku akan ingat kenangan ni sampai bile2. .  kepada yang tengah searching ape tu bizarre food. aku akan share serbe sedikit in next story nanti.

huhu. .  bye!